SUARA PENDUDUK
Persatuan Penduduk-Penduduk &Kebajikan Flat Petaling Utama,Jln PJS 1/52, Petaling Jaya (No.Pend:1317-06-SEL)
About Me
- Name: Ismail Aziz
- Location: Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
ISMAIL BIN ABDUL AZIZ,PMC.46 thn. Pengarah Urusan Percetakan Asas Jaya, Timbalan Setiausaha Agung ERA Consumer Malaysia. Penasihat DHRRA Malaysia. Setiausaha Kehormat Persatuan Penduduk-Penduduk dan Kebajikan Flat Petaling Utama.Jln.PJS 1/52,Petaling Jaya.
Thursday, February 08, 2007
Wednesday, February 07, 2007
5 TAHUN TUNGGU PAMPASAN RM7 RIBU
Sudah lima tahun 28 orang pembeli tingkat bawah unit Rumah Kos Rendah Flat Petaling Utama, Jln.PJS 1/52, Petaling Jaya masih menunggu pembayaran dari pemaju Peters Brickworks Sdn.Bhd kerana keluasan rumah tersebut bagi tingkat bawah hanya 650 sqft dan tingkat atas 750 sqft sedangkan harga dijual ialah samarata dengan tingkat atas beharga RM42 ribu. Baru-baru ini Persatuan Penduduk-Penduduk & Kebajikan Blok C & D Petaling Utama dalam mesyuarat agongnya pada 28hb.Jan 2007 telah membangkitkan isu ini dan mengadakan sidang media menggesa pihak pemaju menyelesaikannya segera dan perlu campurtangan YAB.Menteri Besar dan YB.Dato' Mokhtar Dahlan, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan supaya semua pembeli terlibat mendapat haknya yang adil. Liputan media dan temuramah saya denganTV3 dan NTV 7 dalam berita jam 8 baru-baru ini telah mendapat respond positif dari YB.Dato' Mokhtar Dahlan dan menjanjikan isu ini akan diselesaikan secepat mungkin dan beliau sendiri akan berjumpa dengan pemaju. Susulan dari liputan media ini, pemaju telah menghantar surat kepada pembeli terlibat dan memberi syarat yang merugikan pembeli iaitu bayaran pampasan RM7 ribu akan dibayar secara dua bahagian, bahagian pertama RM3 ribu akan dijelaskan dalam tempoh 6 bulan setelah ditolak hutang maintenance dan bil tunggakan air, bahagian kedua RM3ribu lagi akan di dopositkan kedalam akaun pemaju sebagai bayaran bil maintenance akan datang. Syarat ini adalah tidak adil dan para pembeli membantah serta Persatuan Penduduk sekali lagi menggesa campurtangan Kerajaan Negeri Selangor menyelesaikan isu ini segera. Saya difahamkan pihak MBPJ mengadakan mesyuarat dengan pemaju pada hari khamis 8 feb, malangnya Persatuan Penduduk-Penduduk & Kebajikan Petaling Utama tidak dijemput dalam mesyuarat ini.

